Nuffnang

Thursday, August 5, 2010

10 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Bercinta

10 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Bercinta

Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang peraturan  mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah  hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan. Ketahui 10 perkara yang perlu dielakkan semasa bercinta:

1. Bercinta Kerana Simpati dan Kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri  menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya  tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

2. Melirik Kepada Jejaka/Gadis Lain.
Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun  harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar  cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia  boleh membawa kepada kecurangan.

3. Pura-Pura Tertarik Pada Bicara Si Gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si  dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa  diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

4. Tidak Ingin Kalahkan Si Dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi  mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

5. Harus Sentiasa Bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?

6. Rapat Dengan Sahabat Karib Si Dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalu akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

7. Berpura-Pura Tidak Cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

8. Terlalu Menerima Sikap Si Dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

9. Memaafkan Sikapnya yang Keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

10. Biarkan Si Dia Membayar.
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!

Share/Save/Bookmark

Kalo suka entri ni klik la Button Like..=)

Sunday, August 1, 2010

Hobi Baru

Lokasi: Rahsia
Masa: 9 AM - 2 PM


Arini aku ngan Ameerul smpt g memancing utk frst time nye kt Pnck Alam ni..
Walaupn dpt tngkap sekor je tp rse puas sgt..
Mnggu dpn kalo x bz ktaorg plan nk g kolam memancing plak..
Trpkse la aku kuar kn duit skit utk beli joran sndiri..
Bru ade feeling skit mse memancing..hehe

Share/Save/Bookmark

Kalo suka entri ni klik la Button Like..=)

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang