Nuffnang

Wednesday, November 4, 2015

Tanda-Tanda PC/Laptop Diserang Virus

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Kewujudan sistem rangkaian dan penggunaan Internet yang ‘wajib’ menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus. Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami serangan virus yang menyebabkan kerosakan pada sistem PC/Laptop dan mungkin juga ada di antara kita yang belum pernah merasai gejala serangan ini.

Jadi jika anda pernah mengalami salah satu daripada tanda-tanda dibawah, lebih baik anda lakukan pengimbasan ke atas sistem dengan kadar yang segera.

Apakah tanda-tanda apabila PC/Laptop anda diserang virus?

  1. PC menjadi 'hang' selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  2. Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  3. Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  4. Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang secara tiba-tiba.
  5. Ada program yang tidak pernah di 'install' sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  6. Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  7. Anda tidak boleh meng'install' sebarang program atau aplikasi baru.
  8. Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  9. Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  10. Drive partition bagi Hard Disk & CD-ROM tiba-tiba sahaja hilang.
  11. Perisian Antivirus tidak boleh di install & dibuka.
  12. Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  13. Fail-fail yang anda simpan hilang satu persatu.
  14. Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
  15. Wujud pula File .exe dan Autorun .inf yang tidak anda kenali pada Drive anda.



Share/Save/Bookmark

Kalo suka entri ni klik la Button Like..=)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang