Bagi yang menggunakan laman web sosial sebagai medium perhubungan, kini terdapat satu lagi pelayar web yang dibina untuk tujuan tersebut. Versi Pertama pelayar web RockMelt yang dibangunkan oleh Tim Howes dan Eric Vishria serta mendapat sokongan daripada pengasas Netscape, Marc Andreessen telah dikeluarkan pada 8hb November 2010.
Web browser ini dibina berdasarkan aplikasi sumber terbuka, Chromium dan tidak hairanlah mempunyai fungsi dan kelebihan yang serupa dengan Google Chrome. Bezanya, pelayar web RockMelt ini diintegrasikan dengan Facebook dan Twitter. Fungsi yang memudahkan pengguna berinteraksi secara langsung tanpa perlu membuka laman web Facebook atau Twitter. Dan satu lagi perbezaannya adalah kotak enjin carian diasingkan sepertimana pelayar web yang lain.
Rockmelt memaparkan 2 bahagian toolbar yang dikenali sebagai Edge, di bahagian kiri memaparkan senarai rakan-rakan facebook manakala di bahagian kanan pula digunakan untuk aplikasi tambahan seperti Twitter, Feeds dan lain-lain.
- Setiap kali menggunakan RockMelt, pengguna perlu login ke Facebook, jika tidak, pelayar web hanya berfungsi sepertimana Google Chrome.
- Status rakan-rakan Facebook boleh diketahui di bahagian kiri pelayar web dan membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung tanpa menutup laman web yang dibuka.
- Aplikasi tambahan diletakkan di bahagian kanan supaya mudah dicapai dan anda boleh mengetahui berita terbaru sekiranya melanggan feeds dari laman web atau blog kegemaran anda.
- Enjin carian memaparkan hasil carian di dalam kotak kecil tanpa perlu membuka halaman yang baru malah pengguna boleh beralih antara link dengan lebih mudah.
- Butang Share membolehkan pengguna berkongsi maklumat samada melalui facebook atau Twitter.
Buat masa ini, RockMelt masih lagi di peringkat Beta dan hanya boleh digunakan sekiranya menerima undangan dari pihak RockMelt atau dari rakan-rakan yang telah menggunakannya. Untuk mendapatkan undangan, daftar di laman web RockMelt Inc menggunakan akaun Facebook dan link untuk memuat-turun aplikasi akan dihantar ke email anda.
Credit To: AlongV6
0 comments:
Post a Comment